Thursday 16 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 12


Tak putus-putus pangilan yang masuk ke telipon zaki dari kawan-kawan group puisi bertanyakan khabar berita tentang diri Zaki...bertanya kesihatan...bertanya kenapa tak buka FB...bertanya tentang dah lama tidak berpuisi dan macam-macam lagi lah pertanyaan...tapi yang menarik hati Zaki adalah tentang panggilan yang menyuruh dia membuka FB dan lihat di wall Kiah...lantas Zaki membuka laptop dan akaun FBnya...

Zaki terkejut dan tidak menyangka sama sekali dengan apa yang dilihatnya...luluh hati Zaki apabila terlihat paparan di skrin laptop...masyaallah...subhanallah...berishgtifar berkali-kali Zaki seperti tidak mempercayai apa yang dilihatnya...seraut wajah yang dirindui seraut wajah yang dikasihi dan seraut wajah yang amat dicintai.

Lama sudah Zaki tidak berhubungan dengan Kiah...lama sudah Zaki tidak mendapat khabar dari Kiah...dan lama sudah Zaki tidak membuat panggilan video dengan Kiah...orang yang dicintai sepenuh hatinya dan orang yang menghancurkan segala harapan untuk hidup bersama dalam bahtera rumahtangga...Ya...seraut wajah yang sudah mula dibencinya yang membuat dia sengsara jiwa dan raga.

Zaki terus memanggil Sanisah untuk melihat apa yang sedang dilihat olehnya...mungkin kerana tidak percaya...mungkin juga menyangka skrin laptop yang membuat angkara...Sanisah yang tersentak dengan teriakan Zaki berlari mendapatkan suaminya...dan apabila Zaki menunjukkan skrin laptop kepadanya, Sanisah turut berishgtifar di dada...

"Kenapa jadi sampai begini bang...kenapa sampai cengkung benar wajah Kiah seolah mayat hidup gerangannya??" soal Sanisah bertalu-talu kerana tidak percaya Kiah juga turut susut dipandangan matanya..

"Entahlah ayang...abang pun baru buka FB ni dan tidak menyangka Kiah akan jadi sebegini..." balas Zaki...

"Mungkin dia juga rindu kepada abang juga...seperti abang...dia juga turut menanggung sengsaranya...mungkin selama ini dia hanya berpura-pura membenci abang dan membiarkan hatinya menanggung derita..." Sanisah membuat andaiannya sendiri.

Zaki yang terdiam mendengar kata-kata Sanisah mula bergenangan air mata...sebak, sebu dan pelbagai kecelaruan bermain di hati dan akalnya...kenapa ini bisa terjadi...kenapa ini semua harus terjadi...Kiah yang disangka berpaling tadah dan hanya memainkan perasaannya menanggung kesengsaraan yang amat dalam dengan terbukti cengkung di wajahnya dan disaksikan sendiri oleh Sanisah...

"Cubalah abang call Kiah tu untuk bertanya khabar...walaupun abang dengan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan tapi tidak baik menaruh dendam bang..." kata Sanisah penuh simpati kepada Kiah...

"Abang tidak berani ayang..abang tidak mahu luka abang berdarah kembali..kerana abang masih merinduinya.."sebak di dada Zaki ketika menyatakan apa yang di rasakannya..

"Abang kena tabah bang...buang yang keruh dan ambil yang jernih bang...call lah dia...ayang izinkan...tanyalah khabarnya bang...tak baik buat dia sebegini...mungkin dia juga merindui abang tapi tabahkanlah hati abang untuk memaafkan dirinya...!!" nasihat Sanisah kepada suami yang tercinta...

"Nantilah...abang akan lihat dahulu perkembangannya...ayang tak payah risau ya...tahulah abang nanti apa yang abang harus lakukan...percayalah kepada abang...ok..." balas Zaki lagi...dan terus mematikan laptopnya.

Kebencian yang bersarang di dada Zaki agak terkesan dengan apa yang dia dan Sanisah lihat di skrin laptopnya...kedamaian di jiwa yang seakan mula kembali telah dilanda gelora semula...

Adakah Zaki masih memyintai Kiah lagi?...ya...itu yang pastinya...kerana cinta baginya bukan barang mainan dan juga bukan barang dagangan...kasih sayangnya terhadap Kiah masih menebal di dada dan di sanubarinya...kerinduan di hatinya usahlah diperkatakan...semuanya berkecamuk dengan kebencian di atas apa yang Kiah telah lakukan terhadapnya...

Haruskah dia menghubungi Kiah...?
Haruskah dia bertanyakan keadaan Kiah...?
Dan adakah patut dia bertanya tentang gambar Kiah yang terbaru di wall Kiah yang di ambil melalui kemera laptop itu...?

Semuanya akan terjawap di bab akan datang...
BAB TERAKHIR...

bersambung di Bab 13...

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment