Wednesday 15 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab2

"Hai" sapaan pertama dari Zaki di dalam dinding Kiah bila sahaja dapat menjadi kawan FB Kiah. Masa tu dia baru sahaja berjinak-jinak dengan FB dan cuba untuk mendapatkan seramai kawan yang boleh. "Hai kembali" jawapan ringkas dari Kiah. "Terima kasih kerana sudi menjadi rakan saya dalam FB ini" balas Zaki agak teruja kerana berjaya bersembang komen dengan Kiah. Umpama kera mendapat buah lagaknya. "Sama-sama" jawapan ringkas lagi dari Kiah. "Ish...tak boleh jadi macam ni" gerutu Zaki di dalam hati kerana mendapat jawapan yang sangat ringkas dari Kiah. "Aku kena buat sesuatu kalau macam ni, tak kan aku tulis punya panjang dibalas sesingkat begini" kata Zaki di dalam hatinya. "Cuba aku buka profil gambarnya, mana tahu dapat aku fikirkan sesuatu untuk bersembang dengannya" kata Zaki lagi. Zaki membuka profil gambar Kiah satu persatu sambil memikirkan idea untuk dapat bersembang panjang dengan Kiah. "Ha! ada pun" teriak riang di hati Zaki ketika menatap gambar Kiah bersama sebiji motor besar di tepi sebuah pantai. Dan tanpa berlengah Zaki mengarang sebuah ayat di gambar itu. "Wah! motor besar nampak, awak punya ke?" tanya Zaki. "Tak lah, bukan saya punya...manalah saya tahu bawak motor sebesar begini...ini orang punya...secara kebetulan saya di pantai waktu itu...itulah yang saya ambil peluang untuk bergambar" jawap Kiah panjang lebar. "Ha! kan dah jadi ni" gerutu Zaki lagi keriangan kerana dapat membuat Kiah menjawap panjang lebar. "Tak cayalah bukan awak yang punya, tak pun buah hati awak punya kot" soal Zaki memancing bicara dan ingin memastikan sama ada Kiah dah ada yang punya ke belum. "Bukan" jawap Kiah. "Dan saya mana ada buah hati. Awak ni memandai je cakap saya dah ada buah hati" balas kiah agak panjang lebar. Bukan main riang hati Zaki kerana pancingannya sudah terkena. Dan buat kali pertamanya Zaki mula rasa seronok bersembang di laman FB ini. "Hai! orang yang secantik awak ni tak kan tiada yang empunya, tak percayalah saya" soal Zaki memancing lagi tapi kali ini disertakan dengan pujian untuk menarik perhatian Kiah. "Hi hi hi...awak ni ada-ada aja lah, cantik sangat ke saya ni" soal Kiah kembali seakan terpancing dengan pancingan Zaki. "Betul! awak memang cantiklah, saya suka tengok wajah awak yang ayu dan mengikat rambut ala ekor kuda ni" puji Zaki tentang gambar Kiah yang dibicarakan. "Ish awak ni...memuji nampak...ada apa-apa ke ni...he he he..." balas Kiah sambil menyatakan keriangan dan keseronokkan bersembang serta dipuji begitu. "Saya tak bohong...kalau saya bohong biarlah saya kena makan dengan ikan JAWS" kata Zaki berseloroh. "He he he..." ringkas balasan tulisan Kiah menyatakan dia sedang tertawa ketika itu. "Awak ketawakan saya ya...nakalnya dia...tarik hidung karang" balas Zaki menambahkan suasana keseronokkan ketika itu. "Kalau boleh tarik lah" jawap kiah seakan mencabar Zaki untuk berbuat demikian. "Tahu lah tak boleh...kan dalam lap top ni...mana boleh tangan saya masuk kedalamnya...kalau boleh mesti awak terkejut nanti" seloroh zaki merancakkan perbualan. "Ha ha ha...tahu tak pe...kalau boleh saya lari dulu" balas Kiah membuat suasana semakin ceria dalam berbalas-balas komen. "Saya kejar" kata Zaki. "Kejarlah kalau boleh :P" jawap Kiah menandakan simbol mengejek. "Tarik lidah tu karang, buat sup...naaak...kih kih kih" kata Zaki semula. Dan semenjak itu mereka mula berkomen dalam suasana yang riang dan gembira. Dari bermula dengan sebuah gambar berjangkit ke semua gambar yang ada dalam profil gambar Kiah. Habis semua di komen Zaki dan dibalas ceria oleh Kiah menunjukkan kemesraan yang sedang terjalin di antara mereka. Sedar tak sedar sudah berjam-jam Zaki dan Kiah berbalas-balas komen sesama mereka. Zaki terasa sungguh seronok ketika itu dan mula berkata "Kenapa aku tidak dari dulu lagi buka akaun FB ni ya. Kalau tak, tidaklah aku rasa bosan tinggal di rumah sambil menunggu isteri aku pulang. Memasak, basuh baju semua dah siap. Ini aku macam kayu je duduk di rumah. Anak-anak semua ke sekolah tinggallah aku sendirian di rumah. Seronok pula rasanya" gerutu Zaki seorang diri. "Esok aku nak sembang lagilah dengan Kiah ni...seronok pula rasanya" kata Zaki seorang diri. Dan bersambunglah lagi di Bab3: Sazalee Sulaiman Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment