Thursday 16 February 2012

Kesah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 7


Panjang leher Zaki melihat ke luar jendela...bunyi enjin yang tidak dikenali berhenti di hadapan rumahnya...sebuah kereta peronda polis dan diikuti kereta yang memang dia kenali...kereta Sanisah isterinya...tapi bayangan Sanisah tidak kelihatan di dalam kereta itu...Zaki mula tertanya-tanya di dalam hati setelah melihat seorang pegawai polis yang membawa kereta Sanisah...perasaan yang kurang enak menyelubungi hati Zaki...sehinggalah pegawai polis itu mendekatinya...

"Assalamualaikum...encik ni En.Abd Zaki Bin Hisham ke?" "Suami kepada Puan Sanisah Binti Ayub" tanya pegawai polis yang membawa kereta isterinya...

"Waalaikumsalam...ya saya Zaki...kenapa dengan isteri saya encik?...dan di mana isteri saya?...apa yang telah berlaku encik dengan isteri saya??" pertanyaan Zaki bertalu-talu...

"Bawa bertenang encik Zaki...isteri encik tiada apa-apa...ada dalam kereta peronda tu...!cuma kami tolong hantar pulang kereta ini dan membawa beliau pulang kerana kami lihat dia dalam kemurungan yang amat sahaja...kami jumpa dia di tepi pantai PD tadi...risaukan keselamatan beliau, encik!...beliau memandu dalam keadaan begitu" balas pegawai polis tersebut...

"Apa yang dah terjadi encik...kalau boleh kami bertanya?" tanya pegawai polis itu lagi.

"Kami ada masaalah sikit pagi tadi encik...masaalah rumah tangga sikit..."jawap Zaki ringkas.

"Kalau boleh kami tidak mahu masuk campur hal rumah tangga ni encik Zaki...tapi kalau membawa kereta dalam keadaan ini akan membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain en.Zaki...macam ni lah encik Zaki...ini nasihat kami...encik Zaki bawalah isteri encik masuk dahulu dan bawalah berbincang dengan beliau cara yang baik...pasti ada jalannya..." panjang lebar syarahan yang di beri pegawai tersebut kepada Zaki yang hanya mampu tertunduk dan menganggukkan kepalanya...

"Baik encik...saya akan cuba berbincang dengannya cara baik...cuma dia merajuk sikit jer dengan saya tadi...terima kasih ya encik kerana menolong hantar isteri saya balik dalam keadaan yang selamat..." kata Zaki sambil menuruti pegawai tersebut ke kereta peronda dan memimpin Sanisah masuk kedalam rumah...setelah menyerahkan kunci kereta, pegawai polis tersebut pun berlalu bersama kereta peronda tadi.

Zaki yang telah memimpin Sanisah masuk ke rumah hanya mampu terdiam seketika...tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara dengan Sanisah yang asik menangis dalam sendu sedan yang tidak berkesudahan...puas otak Zaki memikirkan bagaimana caranya hendak memujuk Sanisah agar jangan menangis lagi.

Akhirnya Sanisah yang bersuara dahulu..." Abang benar-benarkah menyintai Kiah" tanya Sanisah...masih berendam dengan tangisan...

"Ya...ayang...abang benar-benar menyintai Kiah dan abang juga masih menyintai ayang dan keluarga kita!" balas Zaki dengan nada yang sayu...takut menyakiti hati Sanisah lagi...dan pada masa yang sama tidak mahu menipu lagi tentang perhubungan beliau dengan Kiah...kerana Zaki tahu kalau beliau berbohong akan menambahkan lagi masaalah yang ada.

"Apa hala tuju perhubungan abang dengan Kiah sekarang ini...dan abang serious ke dengan dia...??" soal Sanisah lagi.

"Ya!....ayang..abang serious dengan dengan dia...dan abang tidak mahu menipu ayang lagi...cuma, kami baru sahaja hendak menyelami hati masing-masing dan abang tidak mahu memberi harapan palsu kepadanya...kerana dia pun sedang dilanda musibah...pada mulanya abang cuma bersimpati dengan apa yang telah Kiah alami tapi lama kelamaan abang telah jatuh hati kepadanya...!" balas Zaki panjang lebar.

" Simpati??" tanya Sanisah dalam nada sinis.

" Pada mulanya abang amat bersimpati dengan apa yang terjadi pada Kiah, ayang...beliau ditinggalkan suami dengan anak-anaknya berbekalkan dengan talak tiga yang dijatuhkan di luar mahkamah...dan kes tututan pengesahan lafas cerai tersebut masih di bicarakan sekarang ini...mungkin kerana masing-masing selalu menceritakan masaalah dan bertukar-tukar fikiran itu yang membuat kami amat rapat sehinggalah lahir rasa kasih di hati kami..." jelas Zaki panjang lebar.

Tangisan Sanisah mula reda dengan pengakuan dan kata-kata jujur dari Zaki...sebab dia tahu Zaki memang tidak suka berbohong dan cukup pantang dibohongi...sisa air matanya disapu dengan hujung lengan baju uniformnya yang masih belum ditukar lagi...dia bersyukur kerana Zaki masih lagi bersikap demikian dan tidak berbohong dengannya...sikap berterus terang Zaki itulah yang membuat beliau jatuh hati pada Zaki dahulu...sehingga beliau menerima pinangan dari Zaki dan menjaga anak-anak Zaki.

"Terima kasih bang...kerana abang masih lagi mengekalkan kejujuran abang pada ayang...ayang amat hargainya" sambil tersenyum memandang Zaki semula..."So...sekarang macam mana?...adakah abang masih mahu menjalinkan hubungan dengan dia lagi...?" soal Sanisah lagi.

"Ya! ayang...abang akan meneruskan perhubungan abang dengan dia buat masa ini...kerana beliau amat memerlukan sokongan dari abang buat masa ini...sehinggalah kes mahkamah beliau selesai nanti...lepas tu...kita tengoklah nanti ya ayang...!" jawap Zaki jujur...Zaki pun menceritakan dari mula perkenalan beliau dengan Kiah sehingga ke kes mahkamah Kiah dan macam-macam lagi yang Sanisah ingin tahu tentang Kiah...panjang lebar Zaki bercerita sehingga tak sedar Maghrib semakin tiba.

"Tapi! ayang...abang berjanji pada ayang...kalau ayang ada di rumah abang tidak akan menghubunginya....abang akan menghormati ayang..insyaallah..." janji Zaki pada Sanisah lagi.

Ribut yang melanda kedamaian rumah tangga Zaki reda juga dengan kejujuran dari Zaki sendiri...malam itu Sanisah mengambil cuti kecemasan dari bosnya selama tiga hari untuk menyelesaikan masaalah rumah tangga mereka...dan selama tiga harilah Zaki dan Kiah tidak berhubungan di antara satu sama lain...sebab Zaki telah memberitahu pada Kiah dahulu...kalau dia tidak menghubungi Kiah bermakna isterinya Sanisah ada di rumah dan beliau yang akan menelipon Kiah dahulu andai *line clear*...

Hari berganti hari...masa berlalu pergi perhubungan di antara Zaki dan Kiah semakin rancak...sehingga masing-masing telah melahirkan rasa cinta yang terlalu dalam sesama mereka...Sanisah begitu juga sentiasa bertanyakan khabar tentang Kiah pada Zaki...cuma Zaki belum memberitahu pada Kiah yang isterinya telah tahu tentang perhubungan mereka...kerana tidak mahu memeningkan kepala Kiah tentang perkara tersebut sedangkan kes mahkamah Kiah dalam proses terakhir sahaja...iaitu cuma menunggu keputusan mahkamah sama ada lafas cerai talak ketiga di luar mahkamah itu sah atau tidak...

Sehinggalah satu hari...! 

bersambung di Bab 8:

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment