Wednesday 29 February 2012

KERINDUAN INI....



Bumi telah beratapkan bintang
Keindahan alam telah tertelan petang
Kesunyian turut melingkupi jua
Menebarkan rindu di dalam jiwa

Resah datang menghampiri
Melukiskan indah wajahmu
Diwarnai dengan senyuman
Dihias dengan nyanyian lembut suaramu

Andaiku jumpai seekor merpati
Kan kuterbangkan tuk mencari
Di manakah bumi nan kau pijaki
Dan kukhabarkan kerinduan ini

Kau yang di sana
Adakah isyarat kau sua
Tentang apa yang kurasa
Tentang gejolak di dalam jiwa

~mentari nur~

No comments:

Post a Comment