Sunday 19 February 2012

KASIH SUCIKU

Telah lama
kusimpan dendam
yang sentiasa membara
bergelodak
di dalam hatiku ini
ibarat Merapi
yang akan mencetuskan
larva berapi.


Dan juga
anak Karakatau
yang akan mengakibatkan
tsunami
berombak yang tinggi
menggunung
dan bergulungan
akan ombak hemburannya.


Kini!


Tidak akan aku biarkan
ianya menyepi
menyusut
dengan sendirinya, ia mati
di lautan Antartika
yang sejuk perairannya
di kepulauan berais sana tempatnya.


Akan kulahirkan
sebagai mahakarya
untuk kupinang
dirimu
bidadari mimpiku.


Itulah tekadku yang membara
bergulungan dan berpintal
dengan nekadku sejati
terabadi serta suci.


Untukmu yang aku abadikan kasih suciku.


ss-z/spl/pr..19-feb-2012.









No comments:

Post a Comment