Wednesday 22 February 2012

Himpunan puisi-puisi kecindan 3




~ZAMAN ANAK CYBER~


Zaman ini zaman cyber 
siapa nak senang kena berani mencuba
dulu mandi bertuala pakai timba
sekarang mandi duduk bersila berbogel dalam besin sahaja.


Dulu mak bapak beli baju panjang berjela-jela
mahu panjangnya sampai sepuluh meter
sekarang senak perut ada juga rasanya
tersembul biji mata lidah terjelir berela-ela
melihat anak gadis remaja pakai baju tidak sampai satu ela
orang Melayu kita 'be'! Kata orang Melaka.


Inikah anak zaman cyber?


Malaysia maju rasa mundur ada juga
penyangak 'PEMALU' bermaharajalela
anak muda 'MELAYU KITA' terkinja-kinja
'MACAM MONYETLAH' tergigit biji lada.


Inikah zaman anak cyber kita?


Sendiri mahu ingatlah 'be' juga kata orang Melaka.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 20-12-2011 jam 2055pm.


Nota: PENYANGAK PEMALU= berselindung di sebalik fashion moden zaman cyber.






~ADUHAI~


'Oh! Minah manja
jangan suka mengoda'


Ya, ka!
Siapa nak di goda?
Dan siapa pula yang menggoda?


'Aduhai tak kuasa'


Sendiri mahu ingatlah be!


Aduhai!


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 21-12-2011 jam 1028am.






~KUKUKAKIKU~


'Jong-jong inai mak ipong rajawali
tersepak tunggul inai berdarah ibu kaki'


Kukukakiku!
Kui! Kui! Kui!
Berdarah.


Alangkah sakitnya kukukakiku
bila tersepak tunggul pokok inai
berdarah tiada tertadah
menjerit aku menyeringai
menahan tertumpahnya darah
berjingkit aku ke sungai.


'Jong-jong inai mak ipong rajawali
tersepak tunggul inai berdarah ibu kaki'


Kali ini aku rasa macam orang bingai
yang berdarah ibu jari kukukakiku
buat apa aku pergi ke sungai
kan elok terus ke klinik untuk rawat kukukakiku
dari menyalak macam anjing yang sedang menyeringai
ternampak gigi yang tidak pernah digosak olehku.


'Jong-jong inai mak ipong rajawali
tersepak tunggul inai berdarah ibu kaki'


Aduhai! Kukukakiku berdarah sudah. 


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 21-12-2011 jam 1245pm.






~JANG OH JANG~


'Jang oh Jang!'


"Ekau jangan lupo!
Hidup kito tak lamo
berbaktilah kepado orang tuo
tak rugi Jang oi!"


'Jang oh Jang!'


"Jangan lupo yo!
Atok pun tak lamo laie dah ni
esok, luso atau sekojap laie
ontah ado ontah tak laie dah
ingat yo posan atok ni!"


"Apo lak laie ni tok!
Atok nak poie mano ni tok!"


'Jang oh Jang'


"Ekau tak tahu laie ko"


"Atok! Kalau Ujang Tahu tak yah dah Ujang tanyo ni tok!
Apo lah atok ni merabankan tok"


'Jang oh Jang'


"Yolah! Manolah tahukan
ontah esok, luso atau sekojap laie
atok dah tak ado laie kek sini ha
mungkin atok kek sinun sano ha!"


"Kek mano tok?"


"Mano laie! Jamban!"


"Atok ni!!"


'Jang oh Jang'.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 21-12-2011 jam 1555pm.



~AA BA TA BUKANNYA BA BI BU TA~


Alif di atas AA
Ba di atas BA
Ta di atas TA


AA, BA, TA!


Marilah kita belajar
supaya kita tidak kurangajar
janganlah beranggapan
kita tahu semua yang tersimpan
perlu tahu idhamnya
ditegur supaya sempurna
kalau nak lekas berilmu
janganlah rasa malu dan ragu
terimalah dengan hati terbuka
kerana setiap teguran
adalah teguran untuk membina.


Jangan di ajar lain, lain jadinya 
apa kata kita belajar selanjutnya


Ba di atas BA
Ba di bawah BI
Ba di depan BU
Ta di atas TA


BA, BI, BU, TA
betulkah?


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 25-12-2011 jam 1320am.



~CAKLIMPONG CAK PONG CAK PONG~


CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG


Kueh kumakan manisnya madu
keras kematu lembut rasaku


Dijamu pula anak pakusu
janda muda anaknya satu


CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG


Berdegup kencang jantung hatiku
melihat senggolan punggungnya merayu


Ke kiri ke kanan sesak nafasku
mengikut rentak pinggulnya berlagu


CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG


Zapin dimain rentaknya laju
berdangdut aku di malam minggu


Bersama si janda anak pakusu
menikmati caklimpong berentak baru.


CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG
CAK PONG CAK PONG.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN 19-12-2011 jam 1320pm.



‎~MENGGODA NAFSU AKU~

Aduh!
Aromamu menggodaku

Wangi!
Menawan nafsuku

Semerbak mengharum 
menggairahkan aku
tak sabar rasanya
ingin menjamahmu

Walau kemas 
terbungkus pakaianmu
tak dapat menutup
dari terlus pandangan mataku

Dapat kubayang
monggelnya telurmu
yang pastinya bergoyang 
apabila disentuh jari-jemariku

Ahhh!
Nafsuku!
Tidak dapat aku bendung

Rakusnya! 
Kusentap pakaian yang membungkusmu
kau kunikmati dengan penuh berahi
hingga licin sebutir tidak tersisa
dari jamahan tanganku 

Wahai! 
Nasi lemak telur goyang
kegemaranku.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z) 2-12-2011 jam 0855

(*TELUR GOYANG: telur yg kuningnya setengah masak)

No comments:

Post a Comment