Tuesday 21 February 2012

Himpunan puisi-puisi kecindan 1




~MADU UNTUK ISTERIKU~


Sayang! 


Kejamkah suamimu!


Ingin menghadiahkan kamu madu
buat peneman kala gersangnya aku
buat penghilang kedahagaan aku


Sayang! 


Zalimkah suamimu!


Andai itu yang aku mahu
untuk mengelakkan jemu bertamu
untuk mengelak aku curang di belakangmu


Sayang! 
Tahukah kamu!
Bertapa sayangnya aku
kepada madu yang aku beri padamu


Sayang!


Pahamilah aku!


Tolonglah aku!


Jangan sampai aku pergi meninggalkan kamu!


Kerana telah acap kali aku katakan padamu
bilamana membuatkan kopi untukku
tolonglah jangan sampai terlupa pesananku
untuk campurkan madu itu
madu Hasbatul Sauda kegemaranku


Ahaksss!
Ingat ya sayang!


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z) 03-12-2011 jam 1434pm.





~PUTERA KEGELAPAN~


Gelap!
Amat gelap!
Teraba-raba


Aku curi-curi
telinga ku pasang
lagak si maling
takut digari!
Makan 
pasti tak sudah


Payah!
Sungguh payah!
Takut terjejak


Makan pun!
Pandang waspada
mataku celik
melilau sentiasa


Susah!
Sungguh susah!
Jangan terhidu


Langkah sumbangku!.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z) 03-12-2011 jam 2214pm.






~ADUHAI SIKSANYA AKU~


Aduhai!


Siksa!


Siksanya aku!
Pagi-pagi kau dah membuat angkara
menyiksa aku dengan zalimnya
tanpa belas dan tanpa simpati
membuat onar pagi-pagi buta


Dahlah malam tadi aku terpaksa jadi Batman
teraba-raba dalam kegelapan malam
pagi ini pula terpaksa manjadi Ironman
menahan kesakitan yang bukannya main-main


Apalah salah aku?
Apalah dosa aku?


Perut oh perut!
Tersiksanya aku!
Wahai perutku.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z) 04-12-2011 jam 1023am.






~MAN IN BLACK vs MAN BALAK~


Jeng jeng jeng!


Ahaksss!


Man In Black 
tak jadilah adik


Man Balak pula yang muncul tiba!


Bolehlah ya!


Asalkan ada
walaupun tidak berbisa
janji kata abang dah kota
abang tak hutang apa-apa
itu yang utama


Aduhai!
Bolehlah saja
jangan marah ya adik!


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z) 04-112-2011 jam 1311pm.






~BUAH KUNDANG?~


Buah kundang masak
sedap dimakan
ibu berusia


Buah kundang muda
idaman dipuja
ibu muda


Buah kundang putik
cecah asam garam
ibu mengidam


Buah kundang ranum
aku terkulat-kulat
rasa ralat


Kelat!


Buah kundang?


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
NILAI, NEGERI SEMBILAN
06-12-2011 jam 2131pm.






~AIR KELAPA VIRUS~


I.
Air kelapa
sedap rasanya manis
dahaga hilang.


II.
Air kelapa
aroma menyegarkan
wangi baunya.


III.
Air kelapa
kuhirup rakus ghairah
lazat sekali


IV.
Air kelapa
mendebarkan jiwaku
mata bertentang.


V.
Air kelapa
tercurah semuanya
tersedak sentap.


VI.
Air kelapa
membawa virus pedih
hidung meleleh.


VII.
Air kelapa
janganlah diusik dik
siksa tersembur.


Ahaksssss....siksa abg dik....kih3x....


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
10-12-2011 jam 1240pm.



~ANTARA HANYIR DAN HAPAK~


Di pasar basah
ikan diturunkan
berteman sayur dan buahan
berbaur hanyir memualkan


Di pasar kering
tiada lecak semuanya kering
dipenuhi barang-barang kering
dari cabai kering hingga ke ikan kering


Antara basah dan kering.


SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
11-12-2011 jam 2200pm.

No comments:

Post a Comment