Tuesday 21 February 2012

AIRMATA KEKASIH


'Air mata kasih berlinangan, berlinangan selalu'

Terngiang-ngiang lagi
masih bercanda di mindaku
lagu shahdu

dendangan R.Azmi
sentiasa berkumandang; hebat
tatkala aku menatap

sekujur wajah yang ayu.

Wajah tua yang kepenatan

berkedutan
angkara kehidupan

membelengu pemikiran
kedutan-kedutan

yang jelas kelihatan
di seraut wajah yang dimamah usia
kerana berbakti kepada keluarga.

Ibu,
ini anakmu ibu!
Anak yang kau lahirkan dari rahimmu
anak yang kau tatang dengan sepenuh kasih sayang
anak yang kau halang dari kepayahan hidup
yang kau tak izinkan merasainya;

merasai walau sedikit hidup dalam kesusahan.

Ibu,
ini anakmu ibu!
Anak yang telah melupakan baktimu
anak yang tak mengenang untung

kerana dikandungmu
anak yang derhaka kerana meninggalkanmu
berbumbung langit

bertilam tanah
beralaskan embun
sebagai selimut
menyelimuti tubuh, tuamu.

Ibu,
tataplah wajahku ibu;
tataplah wajah yang kotor ini ibu
wajah yang tidak mengenang budi

dan tidak pernah mahu mengakui
yang dirimu itu ibukandungku sendiri.

Ibu,
Bukalah matamu itu ibu

tolonglah aku ibu
mengalirkanlah airmatamu itu ibu
airmata kasih seorang ibu
airmata sayang yang amat aku rindu
airmata cinta 
yang kini terkujur kaku

tidak bernyawa di dalam dakapanku.

Airmata seorang ibu.


'Airmata seorang kekasih.'

ss-z/spl/pr..25-feb-2011.



No comments:

Post a Comment