Tuesday 31 January 2012

RAHSIA KEGELAPANKU


Jauh di sudut hatiku
tersimpan satu kedukaan
paling hitam, paling gelap
yang tidak pernah
aku luahkan.

Pedih, sedih
tidak terluah olehku
di sebalik senyumanku
tersimpan kemas
segala kedukaan
yang semakin menghimpitku.

Kini semuanya bagaikan bergelodak
bergelora membaham sedikit demi sedikit
ketenanganku yang cuba aku pertahankan.

Mampukah aku?
Mampukah aku sembunyikan lagi?

Segala kedukaan yang semakin membaham hatiku
semakin membungkam ketenangan diriku
semakin menjurus aku ke pintu kegelapan, kecelakaan.

Tolonglah aku!
Bantulah aku!
Tidak tertahan lagi rasanya
aku menahan gelodak hatiku.

Tolonglah aku!.

ss-z/spl/pr..24-JAN-2012.





No comments:

Post a Comment