Tuesday 31 January 2012

TERBANGLAH SAYANG


terbanglah sayang
terbanglah bersama sayap malam
yang mengibarkan sayapnya
buat penemanmu dikala aku tiada di sisimu.

terbanglah sayang
terbanglah engkau ke mana mahumu
setelah usai nanti terbanganmu
kembalilah semula kedakapanku.

biar aku pula membawamu
terbang ke alam impianku
di mana letaknya singgahsana berbahtera
untuk kita dayung bersama.

terbanglah sayang
terbanglah dirimu dengan keizinanku
kerana aku sentiasa berada di sini
menanti kepulanganmu.

spl..26-jan-2012.





No comments:

Post a Comment