Monday 30 January 2012

SANDIWARA BERMUSLIHAT SEORANG WANITA

Sejauh mana kata-kata
yang mengikat tali belati diri
tidak sejauh mana kata-katamu tengahari tadi
yang membuat aku berjauhan hati kini terhadapmu,
terhadap seorang yang aku amat kasihi,
hingga timbul rasa benci di hati
akan kata-kata cinta dari seorang insan
yang bernama wanita.

Pengalaman demi pengalaman aku hadapi
tapi tidak sehebat dan semahal
pengalaman kali ini
pengalaman yang penuh sengsara
pengalaman dipermainkan oleh seorang yang bernama wanita.

Benci!
Mungkin tidak pada semua wanita
tapi lebih kepada bencinya aku pada wanita;
wanita yang bernama kamu.

Tetapi!

Biarlah!

Pengalaman ini amat berharga,
amat bermakna buat diriku!
Kerana ianya mengajarku erti cinta,
erti namanya wanita
dan erti namanya permainan kata-kata, wanita.

Dan pengalaman ini juga
mengajarku erti sandiwara bermuslihat
muslihat wanita.

ss-z/spl/pr..28-JAN-2012.






No comments:

Post a Comment