Tuesday 31 January 2012

PELUKAN ASMARA



Satu dua tiga empat lima.

Ish! Banyaknya!
Ada lagi tu, banyaknya tidak terkira.

Tapi!
Yang mana ya?
Baik aku sambung kiraanku semula
pastinya tersembunyi di sebalik pandangan mata.

Enam tujuh lapan sembilan sepuluh.

Erk! Aduhai!
Payah kalau dok lagu ni!
Macam ni tak boleh jadi!
Sampai bila pun tak akan habis pengiraan aku.

Yang mana satu ya?
Yang mana satu bintang pujaanku!
Yang aku tinggalkan setelah usai malam kelmarinku.

Bintang yang satu di antara bintang beribu
bintang hatiku bintang kesayanganku.

Wahai kau bulan, saksinya bintangku
tunjukkanlah kepadaku bintang pujaanku
yang kelmarin kutinggalkan bersama denganmu
tinggalkan sementara untuk aku mengambilnya semula.

Kembalikanlah kepadaku bintangku yang satu
agar mampu semula kulelapkan mataku
dan kembali lena di dalam pelukan asmaranya.

ss-z/spl/pr..21-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment