Tuesday 31 January 2012

Langit Dijunjung



Khabar tertinta episod kita
azali telah menyuarakannya
perjalanan tersurat telah bermula
harus bertekad menyelusurinya

galur takdir telah ditentukan buat kita
cemerlang cemerkap jalan dibina
khilaf kita khilaf insan bernama manusia
sekali salah bangun dan perbetulkannya

melintang tidak beerti patah segala
melurut tidak pasti bahagia selama
akal dan ilmu mesti digarap bersama
biar berakal berhati berjiwa sarjana

selagi hidup amal dan beradaplah kita
diterapi kiblat yang satu dan sama
agar dikasih tidak dipersia-sia
menjunjung langit hidup kita.

~ICT~Lontaran suaraku..Espie..
by Citey Spectra on Tuesday,
January 31, 2012 at 10:20am

No comments:

Post a Comment