Tuesday 31 January 2012

KEUTUHAN CINTA



Apabila kau kesunyian, sayang!

Ingatlah!

Yang aku juga sepertimu
kesunyian dalam hiruk keriuhan.

Apabila engkau menangis, sayang!

Ingatlah selalu!

Yang aku juga sepertimu
menangis dalam tangisan tidak kesampaian.

Ingatlah sayang!

Walaupun kita berjauhan
walaupun banyak halangan dan cobaan
cinta kita akan tetap berkekalan
mekar subur, di jambangan.

Seumpama pepohon yang dilanda taufan
kasih dan sayang kita akan tetap utuh bertautan
kukuh tidak akan pernah bergoncangan
walaupun jarak cuba memisahkan.

Sekukuh pepohon, tidak akan tercabut akarnya
dari tanah tempat asal semaiannya
begitulah cinta kita, diibaratkan.

Kekal kukuh selama-lamanya.

ss-z/spl/pr..22-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment