Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 4

Jauh perjalanan luas pandangan
banyak pengalaman yang ditimba tiga beranak
dalam membawa diri setelah dihalau dari kampung halaman
membawa diri tak tahu mana hala tujuan
sehinggalah sampai ke satu negeri
yang juga tiada bernama hendak diberi.

Akan di negeri tersebut
kampungnya sunyi bagai tiada berpenghuni
Lelasari, Suriawati dan Pak Kasim tertanya-tanya juga sesama sendiri
kemana perginya penghuni yang kelibatnya bagai bersembunyi
menyembunyikan diri susah pula hendak dicari
hanya ternakan yang banyak berbunyi
kalau tidak alamatnya lagilah sunyi sepi.

Ahakss!
Tukang karut bermadah bersendiri.

Jangan marah ya!
Cuma selingan iklan sebentar sahaja.

Hendak dijadikan cerita
sedang mengelamun mereka bertiga
tiba-tiba terdengar satu suara
bagaikan gegak gempita dibuatnya
kalau tak pun gagak dalam gelap gelita.

Kih Kih Kih!
Tukang karut berlawak sekali lagi
mengarut lak rasanya terjadi.

Sorry!
Lain kali tak buat lagi.

Ok!
Begini sambungannya!

Dah sambungan tunggu apa lagi!
Tunggulah lagi sambungannya dilain kali
dalam episod hikayat Lelasari dan Suriawati
Pak Kasim tak diberi nama dalam hikayat ini
kerana ada tujuannya
nanti kita cerita ya!
Nak tahu tujuannya
tunggulah dalam bab kelima.

Ada pembaca tak ni?
Kalau ada komen ler sikit
barang sepatah dua kata
taklah saya bagai bercerita
seorang diri sahaja.

Jangan marah ya!.

ss-z/spl/pr..27-JAN-2012.



No comments:

Post a Comment