Monday 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 2

Aduhai usai sudah tanggungjawab terlaksana
perutku yang berbicara senyapnya sudah
baru lega inginku bercerita
tentang hikayatnya Lelasari dan Suriawati fitnah diterima.

Oh! Ya.

Di mana ya!
Terhenti tadi penceritaannya.

Ok!

Detiknya kini hampir tiba
hukuman dijatuhi ingin dilaksana
kedua 'pesalah' telah pun di bawa
ke laman Pak Menteri yang durjana.

Puas sudah rayuan dipinta
oleh Pak Kasim si hati mulia
pelbagai cara telah diguna
tapi hasilnya tetap dukacita.

Hingga saatnya hampir tiba
jam tiga seperti yang direncana
barulah hukuman ditangguh seketika
kerana Pak Kasim mempunyai caranya.

Habis separuh dari hartanya
diserahkan kepada Pak Menteri si keparat tua
akan terlihat harta di hadapan mata
baru hukuman ditangguh sebentar cuma
hingga jam lapan malam syaratnya
sebelum Isyak pula menjelma
hukuman mesti dilaksana juga
padahal dalam hatinya yang tamak haloba
ingin mengaut sebanyak mana harta Pak Kasim berhati mulia.

Sehingga waktu itu bakal menjelma tiba
terpasunglah kedua 'pesalah' yang tidak berdosa
berantaikan besi sehasta dua membelengu asa menindas jiwa.

Paling kasihan akan Suriawati
dari rupawan dan macam haiwan
rupa-rupanya, sengsaranya bukan sekadar belengu rantaian asa
menjadi mangsa pula nafsu si tua durjana.

Diratah tubuhnya sehingga tidak tinggal apa
pakaian dipakai terlucut oleh si angkara
binatang sungguh Pak Menteri durjana
berpetualang di mata, beraja di hati
dan bermaharaja pula kerana kuasa.

Sedih sungguh tidak terkira
hendak sambung cerita tak sampai hati rasanya
bersambung lagilah di lain cerita
sebelum jam lapan kita berjumpa
di dalam episod yang ketiga.

Hikayat Lelasari dan Suriawati bersambung juga.

ss-z/spl/pr..26-JN-2012.





No comments:

Post a Comment