Monday 30 January 2012

ERTI KEHIDUPAN

Sekilo singgit! Sekilo singgit! Sekilo singgit!

Riuh suasana pasar Siti Khadijah
di negeri Cek Siti Wan Kembang
dengan pelbagai ragam peniaga
dari peniaga besar hinggalah ke sekecil-kecil penjaja.

Namun terkilas mataku memandang
di satu sudut kecil
sebuah buaian berendoi dengan sendirinya
anak kecil sedang terlena.

"Anak siapa itu ya?" Geritis kecil suara hatiku.

Adakah begini kehidupan?

Anak kecil terbiar berseorangan di sudut hanyir
sementara ibu dan bapanya
hilang entah ke mana
pantas mungkin mencari sesuap nasi
untuk menggalas perut keluarga.

Kehidupan! Kehidupan!

Kehidupan penuh dengan tragik dan tragis.

ss-z/spl/pr..29-jan-2012.






No comments:

Post a Comment